Showing posts with label tips tips. Show all posts
Showing posts with label tips tips. Show all posts

07 November 2012

.: Tips Pemanduan Yang Berkesan :.

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apakah kesalahan lalu lintas yang boleh membawa kepada maut kan?? huhuhu.. Salah satunya adalah sebab mengantuk. So, if mengantuk tu, stop la rehat kat mana-mana tempat before teruskan perjalanan.. Untuk keselamatan orang lain jugak kan.. huhu.. lau ikot psikologinya pulak, jika semua penumpang dalam kereta tertidur, ia boleh mempengaruhi pemandu untuk turut berasa mengantuk. Oleh sebab tu, salah sorang kena la jadi peneman si pemandu ye.. 



Jenis-jenis kesalahan lau lintas yang boleh membawa maut 


  • Memandu melebihi had laju
  • Tidak mematuhi lampu isyarat merah
  • Memotong garisan berkembar @ double line
  • Memandu di lorong kecemasan 
  • Memotong barisan (potong Q)
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memandu secara bahaya (menggunakan telefon bimbit)
  • Tidak memakai topi keledar dan tali pinggang keledar
Okay, tengok kat atas nie banyak kan kesalahan lalu lintas yang boleh menyebabkan kemalangan serius dan boleh membawa maut. So, jom kita ikuti Tips Pemanduan di bawah ini untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. 

  • Merancang perjalanan untuk mengelakkan situasi kelam-kabut pada saat-saat akhir
  • Sentiasa mematuhi had laju
  • Patuhi peraturan keselamatan semasa menukar lorong seperti melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang
  • Amalkan keselamatan di persimpangan dengan memperlahankan kenderaan pada lampu kuning dan berhenti pada lampu merah
  • Jangan memotong di zon larangan atau jika anda teragak-agak
  • Elakkan mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Sentiasa memakai topi dan tali pinggang keledar
Oleh itu, kita berharap agar semua pemandu akan berusaha dan bertekad untuk mengurangkan kadar kelajuan kenderaan masing-masing. Paling tidak pun mematuhi had laju yang ditetapkan, lebih bersabar dan berhemah semasa memandu.

p/s : peringatan untuk diri sniri jugak nie. hehehe

"PANDU CERMAT JIWA SELAMAT"


Thank you for reading this entry :)

31 July 2012

.: Fesyen striped tampilkan kelainan :.

Assalamualaikum

Hye peeps ! Hai pembaca belog HH. Long time no see ya sejak posa nie. Huhu. Tak larat den nk hupdate bebanyak. Ala kadar sudaa.. 

cantik kan??? huhu

Olrite, now I wanna share siket sebanyak tentang info fesyen jalurjalur. 
Tis tym HH mau kasi tunjuk beberapa style guide for those who wanna look anggun and chic gitu. Ahaks ! 
Mostly kita banyak tiru gaya selebriti and jadikan depa nie as our idol or inspiration kan? Yup dat rite. Tak salah tapi tak bermaksud kita jugak kena beli pakaian yang branded or something else yang akan buat kita 'pokai' karang. hahaha. 

So, apa yang penting, kita kenalah bijak dalam berbelanja dan mengikut kemampuan serta keperluan kita. If nak jugak beli kat butik, dat's not da probs, boleh tapi pilih la butik yang jauh lebih murah dan harganya pon berpatutan and u olls jugak boleh berpeluang memiliki wardrobe yang tersendiri. kan2?? hamek kaw nak butik sangat. haha. HH prefer beli baju yang kualiti okay dan elok, sesuai dan cantik untuk kita tapi tak mahal sangat. yelah baru student.. belum keja lagi. Kuang3.. 

Okay HH nak tekankan di sini, 
STRIPED iaitu berjalur.  seperti di bawah ni haa 


Ia biasanya sinonim dengan colour black and white. But skang nie fesyen striped da banyak dan ia menampilkan banyak warna selain dari hitam puteh. Cuma korang je yang kena bijak match colour dan make sure ia dipadankan dengan shoes yg bersesuaian.Hasilnya maybe akan lebih terserlah.. Hehehe. Tapi mesti kena ingat jugak, lau banyak jalurjalaur kat badan maybe penampilan u olls akan jadik cacat. Pilih tekstur or colour yang sesuai utk dipadankan dgn dress or skirt korang. make sure colour yang terdapat pd dress and beg korang tu colour yang ceria. huhu.. Yeah ! Tampilkan kelainan dengan fesyen striped ya ! Dalam taon nie dah banyak helai baju HH yang striped nie. haha. U olls bila lagi?? 
One of my collections. I love striped ! Huehuehue

p/s : Skang dah banyak online shop yang jual maxi and dress ni ha.. Juz order and bank in ur money. haha.  Till then. TC beb ! 

Thank you for reading this entry :)


25 April 2012

Wordless Wednesday #16 (what's on my mind)

Assalamualaikum




jom layan lagu nicki minaj super bass ! olalala yeah ! haha




Thank you for reading this entry :)

05 February 2012

.: 5 PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU ! :.


Assalamualaikum

Sudah lama rasanya tidak berkongsi tips dengan anda semua kan.. Woohoo hari nie HH nak share sikit pasal kesihatan dan penjagaan badan yang sehat. Jom scroll down 




OUTDOOR VS TREADMILL - Berlari adalah salah satu latihan terbaik dan paling mudah untuk membakar lemak yang ada dalam tubuh korang tu la. hehe. Tapi mana yang lebih baik ? berlari diluar or treadmill ? Berlari di luar membakar 5% kalori lebih banyak(pada kecepatan tertentu) berbanding berlari di atas treadmill. Di luar kamu menahan angin dan harus menekan permukaan tanah untuk bergerak ke hadapan. Treadmill pula kamu tidak perlu menekan permukaan tanah. Namun dari sudut kekurangannya pula, berlari di luar ruangnya yang besar boleh memberi risiko kecederaan. 



LEMAK YANG MENGGANGGU KERJA OTAK - Bukan semua lemak terkumpul di perut. Salah satunya adalah asid lemak palmitat. Lemak ini boleh mengganggu kerja otak dalam mengatur leptin dan insulin sebagai signal kenyang. Kesannya kamu akan rasa ingin mengunyah lagi dan lagi. Oleh itu, make sure kamu kurangkan makan daging, mentega, keju dan susu full cream. Sumber : Hasil kajian UT Southwestern Medical Center diterbitkan dala journal Of Clinical Investigation.
HABISKAN MASA DI KOMPUTER RISIKO GEMUK - Orang yang menghabiskan banyak waktu di depan komputer berisiko 1.5 kali lebih tinggi mengalami kenaikan berat badan dan 2.5 mengalami obesiti berbanding mereka yang tidak menggunakan komputer. Sumber : Journal Of Medical Internet Research.



YOGA BOLEH BUATKAN KAMU JADI LANGSING - Mungkin yoga tidak membuat kamu bermandikan peluh seperti berlari tapi yoga mampu membuatkan kamu makan lebih sedikit. Hal ini kerana orang yang rajin beryoga cenderung makan dengan'tenang'. Usually mereka akan makan saat lapar dan berhenti bila kenyang. Sumber : Journal Of The American Dietitic Association.

                                                         

TEKANAN BUAT KAMU LEBIH GEMUK !!!! - Wanita yang menderita akibat tekanan biasanya memiliki 24.5% lebih banyak lemak berbanding mereka yang tidak tertekan. SUmber : Journal Psychosomatic Medicine. 

Thank you for reading this entry :)

25 January 2012

.: Tips : Bagaimana cara meningkatkan rasa syukur?? :.



Assalamualaikum 


1) Luangkan waktu kita untuk merenungkan nikmat-nikmat yang sudah Allah berikan kepada kita. Nikmat itu sangat banyak, bahkan tidak terhitung. Jadi mengapa ramai orang yang mengatakan dia tidak mendapat nikmat? Kerana mereka kurang memberikan perhatian terhadap nikmat-nikmat yang sudah Allah berikan. Allah ulangi ayat ini berkali “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” dalam surah ar Rahmaan, dimana salah satu hikmahnya adalah agar kita lebih memperhatikan nikmat-nikmat Allah.

2) Berbaik sangka dengan Allah. Banyak nikmat yang tidak terlihat oleh kita. Kita sering menganggap bahawa nikmat itu harus dalam bentuk kebendaan, padahal lebih luas dari itu. Seringkali kita menganggap bahawa nikmat itu adalah sebuah pemberian, padahal All...ah sudah menghindarkan kita dari suatu musibah yang asalnya akan menimpa kita. Mungkin tidak ada yang bertambah pada diri kita, tetapi terhindar dari musibah bukankah ini juga sebuah nikmat yang besar? Renungkanlah…

3) Setelah kita mengetahui bahawa nikmat Allah begitu banyak, maka langkah seterusnya ialah memasukkan hakikat ini ke dalam hati kita agar melekat di dalam diri kita sehingga rasa syukur kita akan bertambah. Caranya ialah terus menerus mengingat nikmat dalam setiap waktu dan keadaan. Semakin hari sering kita mengingat nikmat Allah, akan semakin teruja dalam hati, maka rasa syukur pun akan meningkat.



"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

Thank you for reading this entry :)

10 October 2011

.: Tips bagi rajin baca buku manual :.



Assalamualaikum

Bangunbangun pegi kelas tapi kelas satu jam sajew hari ni. Sangat menyeronokkan.. Lepas kelas pegi makan kat kantin.. T'tengok dia tapi kelihatan macam lesu ja.. Macam orang tak sehat ruparupanya tak sehat betul.. Balik kuliah nanti makan ubat la awak ey?? Mungkin dia penat sebab baru balik sukan tu kot. huhu.. 

Skang HH bole rehatrehat kat bilik dan update belogs la nak buat ape lagi kan?? huhu.. Nak tido pon tak mengantuk lagi.. Tapi... nak update pasal apa yer?? Tolong bagi idea bole?? Okay lah.. Rasa macam nak bercakap sikit tentang buku manual.

Buku manual?? apa tu?? hehe.. Buku manual kamera lah.. HH belibeli kamera terus guna tak baca langsung pun buku manual tu. Perlu ke baca? Sampai yang ada DSLR tu kena download bagai.. huhu.. Perlu baca lah cuma HH sajew yang malas nak bukak&baca manualnyer. huhu.. Teruk kan HH ni? hehe

HH rasa ramai jugak yang ada kamera tak pernah nak baca buku manual kan? Ala ngaku jela. HH pon sama. Kekadang bila guna kamera dan salah setting ke apa barulah nak cari buku tu. Maklumla segala macam cara nak gunakan kamera ada tertulis kat dalam buku tu. Actually buku manual/panduan ni amat penting. Kalau tak penting buat apa dia nak bagi kan?? huhu.. 

Buku ni macam memandu kita bagaimana nak gunakan sesuatu barang dengan betul. macam hp jugak. Sekarang ni banyak yang canggihcanggih kalau tak baca buku manual macam mana nak guna. Kang tak pasalpasal bendalah tu rosak. Rugi jek beli mahalmahal. 

Kalau korang nak tahu, kita beli ratusan ringgit tu dia kira sekali dengan harga buku tu taw.. Kos untuk mencetak buku manual tu dikira sekali dengan harga kamera.  Pasni kena la baca semua manual yer.. Baru tak rasa membazir. 
ni haa User's Manual kamera HH. huhu. 

Kat sini ada tips bagi orang yang 'kurang rajin' baca buku panduan(manual) nih. hehe.. Scroll down

  1. Apa kata buku manual ni diletakkan atas kepala. Tak pon bawah bantal. Senang sikit malammalam sebelum tido baca dulu sampai la korang tido. Sedikit sebanyak korang baca jugak kan. hehehe.
  2. Sentiasa letak dalam beg nak pegi kuliah. Time kuliah, baca isi-isi penting dalam buku manual tu contohnya teknikteknik dan cara nak guna then highlight kan la. See, easy kan?? huhu.. 
  3. Orang lain baca novel kita baca buku manual. Kalau ada yang tegur cakap la nak jadi photog yang berjaya. Nak hasilkan gambargambar yang berkualiti dan bermutu. Pedulikan apa orang kata. Janji kita puas hati. mana la tahu dapat khidmat photog ke kan?? Dapat la jugak income tambahan tak perlu buat part time kat stesen minyak dah.. hehe.
  4. Kalau tak faham manual tu dalam bahasa lain ke apa, jangan risau google translate ada.. Translate jek kat situ InsyaAllah ia akan dapat membantu korang.. 
  5. Dalam buku tu jugak ada part penting dan ada yang tak penting. Korang tak payah la baca setiap muka surat juz skip dan selak muka surat yang korang rasa penting sajew. :)
  6. Bila baca buku panduan/manual ni, kita akan lebih faham akan cara penggunaannya dan boleh la kita ajar rakanrakan yang kurang mengetahuinya kan?? Dapat la jugak pahala nya. hehe. 
  7. Selesai baca. Tepuk pipi dan tepuk tangan sebab dah habis baca dah.. huhuhu.. 

Macam ni la HH bila boring dan takda keja nak buat.. Mengarut je keja.. Tapi tips kat atas ni bole pakai taw.. Jangan salah anggap pulak. huhu.. Ok then.. Bubye korang.. 


Thank you for reading this entry :)

19 August 2011

.: KASUT FLAT PILIHAN SAYA :.

Assalamualaikum.


Okay.. Kenapa dengan kasut flat?? hehe.. Ha meh sini HH nak gtau korang.. Bagi korang suma yang trendytrendy sket&mementingkan gaya tuh bole la pilih kasut flat untuk pegi jalanjalan pusingpusing mall so takda la lenguh pinggang&kaki tu yer(lau pakai heels jangan harap la) huhu..



-google image-


Tgok pix kat atas tu.. chumellchumell kan?? Kasut flat ni memang menjadi pilihan remaja masa kini lebihlebih lagi yang sedang belajar macam HH ni.. Kasut yang kita pakai tu  mestilah selesa,berkualiti&stail lah.. tak gitu?? heeee ~


Ia juga dapat melengkapkan setiap penampilan diri kita. lgi satu bole jek pakai time dating dengan ehem-ehem or manamana jelah.. 3 in 1 lah orang kata.. hehehe.. HH selalu cari kasut yang selesa. Tak kira brand apa asalkan selesa di kaki&tahan lama. Lagi la untung kalau ia murah&berpatutan. HH selalu beli kasut time SALE !!! huhuw ~


Apa?? korang masih lagi keliru untuk memilih sepasang kasut yang sesuai untuk ke pejabat? nak bersantai? nak berhibur? Meh sini scroll down to get a new tips from me..

** Jika korang nak beli kasut tu, mestilah kena terbaik&puas hati dengan jiwa kita kan?? Waktu malam adalah waktu terbaik untuk korang membeli kasut sebab time ni lah kaki korang akan berada lam saiz yang sebenar.. back to original orang cakap.. hehe.. so,, what u got?? korang akan dapat kasut yang berukuran tepat taw !! semoge puas hati !! enjoy shopping ! huhu <3



Thank you for reading this entry :)

25 July 2011

.: makan banyak kenapa tak gemuk gak?: :.

Assalamualaikum

 * konpius *
Makan banyak tapi tak gemokgemok. Cmna tu? Haih.
Padahal AtoKNenEkpAkCikMakcIkUmiAyah takda la kurus kering cm HH ni..
So,, faktor apakah yang boleh diutarakan kt snie? huhu

Ada ssetengah sumber tu kata disebabkan oleh metabolisma tinggi. Apekah???
yela dah makan banyakbanyak mana pon tak gemokgemok..
 Lam sains lak mengatakan bahawa orang yang tinggi metabolisma, lagi banyak makan, lagi banyak kalori yang dibakar maka jadik lah keding tinggai tulang bagai.
Betol ker? haiya.. payoh kawe kalu lagu nie sokmo.. hoho
Si dia cakap HH ni kejap berisi kejap kering jek.. mne 1 ni?? misteri laa..:D
makan banyak pon tak gemok tak makan pon tak gemok mentangmentang la skang ada kt  umah so redah jek ape makanan yang ada tak kira dah banyak kolestrol ke tinggi lemak ke suma HH angkat. Amboii nak melantak ke apa ni? tawu la susa nak gemok. weee @_@
haa.. korang HH ade tips tau tak bagi gemok..

1) lau tym makan tu, makan la slowslow & kunyah makanan tu smpai betolbetol hancur sbb ia bantu proses penghadaman sekaligus mengelakkan gemok. Sebab tu tiap kali makan, HH makan agak lambat sket la dari orang lain.huhu..

2 ) Try korang hidu kulit pisang. KULIT PISANG je k ! harihari. Kompem leh kurus. hehehe.. HH da buat dulu la sbb tu berani share tips ni.. Skang ta buat da takot jadi tengkorak hidup lak. haha..

3) Alah yang ni senang jek. Korang JOGGING la atleast 2kali seminggu pon da cukup dari xJOGGING langsung. Tol tak? buat la ye.. Nak jalan sajer pon boley..

4) jangan lupa sarapan pagi ye. At least minum susu 1 cawan before g clas@nak pegi manamana tempat. makan yang ringanringan jek. Name ag sarapan kan.

5) oke yang last ni sangat penting bagi kita lau nak kurus@elak dari penyakit. Jangan makan jajan@fastfood bagai. Tak bek tok kesihatan&boleh menggemokkan. So, jangan makan lagi yek. Selain itu, elakkan minuman bergas, minum air masak banyakbanyak&makan makanan yang menyihatkan tubuh badan anda.


Macam pakar la pulak nak bagibagi tips bagai ni.. so, lau tips ni bole diguna pakai silasila lah ye praktikkan di rumah.. hehe.. Ilmu jangan kedekut.

Tapi kan malam ni ase lapaq gila. sebab tak dinner lagi. petang tadi pon makan waffle jek. ha tu suma makanan yang meggemokkan tapi awat tak gemok gak?? wink2
* tepuk dada tanya la perut korang masingmasing ye*

Menu malam ni susu HL ngn black pepper sausage. :)

Kenyang la jugak dari tak makan pape.. (makanan tak menyihatkan) heee




Thank you for reading :)



  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com