Assalamualaikum
Sudah lama rasanya tidak berkongsi tips dengan anda semua kan.. Woohoo hari nie HH nak share sikit pasal kesihatan dan penjagaan badan yang sehat. Jom scroll down
OUTDOOR VS TREADMILL - Berlari adalah salah satu latihan terbaik dan paling mudah untuk membakar lemak yang ada dalam tubuh korang tu la. hehe. Tapi mana yang lebih baik ? berlari diluar or treadmill ? Berlari di luar membakar 5% kalori lebih banyak(pada kecepatan tertentu) berbanding berlari di atas treadmill. Di luar kamu menahan angin dan harus menekan permukaan tanah untuk bergerak ke hadapan. Treadmill pula kamu tidak perlu menekan permukaan tanah. Namun dari sudut kekurangannya pula, berlari di luar ruangnya yang besar boleh memberi risiko kecederaan.
LEMAK YANG MENGGANGGU KERJA OTAK - Bukan semua lemak terkumpul di perut. Salah satunya adalah asid lemak palmitat. Lemak ini boleh mengganggu kerja otak dalam mengatur leptin dan insulin sebagai signal kenyang. Kesannya kamu akan rasa ingin mengunyah lagi dan lagi. Oleh itu, make sure kamu kurangkan makan daging, mentega, keju dan susu full cream. Sumber : Hasil kajian UT Southwestern Medical Center diterbitkan dala journal Of Clinical Investigation.
HABISKAN MASA DI KOMPUTER RISIKO GEMUK - Orang yang menghabiskan banyak waktu di depan komputer berisiko 1.5 kali lebih tinggi mengalami kenaikan berat badan dan 2.5 mengalami obesiti berbanding mereka yang tidak menggunakan komputer. Sumber : Journal Of Medical Internet Research.
YOGA BOLEH BUATKAN KAMU JADI LANGSING - Mungkin yoga tidak membuat kamu bermandikan peluh seperti berlari tapi yoga mampu membuatkan kamu makan lebih sedikit. Hal ini kerana orang yang rajin beryoga cenderung makan dengan'tenang'. Usually mereka akan makan saat lapar dan berhenti bila kenyang. Sumber : Journal Of The American Dietitic Association.
TEKANAN BUAT KAMU LEBIH GEMUK !!!! - Wanita yang menderita akibat tekanan biasanya memiliki 24.5% lebih banyak lemak berbanding mereka yang tidak tertekan. SUmber : Journal Psychosomatic Medicine.
Thank you for reading this entry :)
3 comments:
sekarang saya dah tau. hehe..mekasihhhhh. ;))
thanks for this tips.. nanyi saya follow...wah berwajah baru
@myra : most welcome dear :)))
@PM : welcome awk... nk follow ape tue?? hehe..
apa yg berwajah baru??
Post a Comment