halaman utama

21 November 2012

.: Resepi : Daging Black Pepper Pemikat Hati Si Dia :p :.


Assalamualaikum

Hari nie tetibe mengidam nak makan daging blackpepper. HH memang suke makan makanan yang simple tapi sedap. So, resepi ni paling simple yang HH nak share dengan korang sume. hehehe.. 



Bahan-bahan perapan

500 gm daging 
sedikit serbuk perasa lada hitam
1 sudu kecil sos tiram 
garam secukup rasa

Bahan utk buat sos

2 sudu besar sos berlada hitam maggi (yang dah siap dlm botol tu)
1/2 cawan air

Bahan utk menumis

2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 
3 biji cili padi (ikut tahap kepedasan anda)


Cara penyediaan 

1) Mulamula perap daging ikut bahan-bahan perapan di atas selama 30 minit. Biarkan ia meresap masuk ke dalam daging tue. 



2) After 30 minit, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih bersama-sama dengan daging yang diperap tadi sehingga nampak kekuningan. 


3) Kemudian, masukkan sos lada hitam dan sedikit air. Pastu pandai-pandai la korang rasa yer. 

4) Nampak nak kering sedikit, masukkan cili padi dan bawang besar.

5) Angkat dan hidang. 

Inilah hasilnya taraaaa 




Selamat mencuba resepi yang paling mudah dari HH. Tata. 


Thank you for reading this entry :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com