halaman utama

31 January 2012

.: Resepi : APAM POLKADOT :.


Assalamualaikum

Hai pembaca blog HH, hari nie nak berkongsi sikit dengan korang suma resepi kueh apam polka dot yang HH baru jer buat 3 hari lepas.. Taknak cakap banyak, scroll down jer la erk.. hehe.... 






Bahan-bahan 


  • 3 biji telur(gred A) #keluarkan dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum (ayak bersama dengan baking powder)
  • 150 gm gula halus
  • 150 gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu kecil essence vanila
  • Filling iaitu inti nk letak kat dalam(HH gune inti kaya). Nak guna mix fruit pon boleh. 
  • Pewarna ikut suka warna apa pun 


Cara membuatnya :-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maxima selama 5-6 minit (seeloknya pukul telur dengan gula dulu hingga kembang kemudian masukkan esen vanilla dan tepung tu semua)
  2. Masukkan tepung selang seli dengan susu segar dengan kelajuan perlahan.
  3. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa korang.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag.
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang(HH guna acuan cupcake tu jer tujuan letak dalam acuan ni sebab nak bagi nampak shape yang cantik kueh apam kita nanti. #tengok pix kt bwh)
  6. Taruk inti kaya (nak guna filling lain pon bole/ikot citarasa la)
  7. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  8. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan korang lagi. hehe.
  9. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10-15 minit atau sampai masak. 



sebelum dan selepas masak :)

HH tengok kat myresipi.com jer.. Selamat mencuba yer sayang2 suma. hehe.. Bubye :)

30 January 2012

.: ye. dah siap :.


Assalamualaikum.

Hai pembaca semua. Sehat? hehe. Hah?? Kenapa dengan tajuk atas tu? Cam pelik jer kan. huhu. Actly besok ada pendaftaran pelajar baharu JQaf so kena jadik penyambut tetamu. So, dah siap iron baju batik ready nak pakai esok ler(nak jugak gtau) hehe. . 

Ouh tadi hafiz(awan nano) yang menang  AJL 26.. Btw, congrats to him. Dah rezeki dia kan nak buat camna. huhu. But HH lebih suka kalau Alyah yang menang.  #peminat setia biasa la der...ngeeee :D

Thank you for reading this entry :)

28 January 2012

.: tolong ganti tempat saya =( :.


Assalamualaikum !

Hye ! Guano?? Sihat blako ko ore kapong kito neh?? hehehe ambo arap sehat2 blako la deh?? kih3.... Ambo nie baru jah ado plue nk kemahkini belog ambo nie maklum la berukbeng ambo nie dah sapa limit. Haih wat nek kedaroh la blako nie sebab tu kot daroh ambo nek tingggggggiiii sangatsangat tuh.. kihkihkih (mari belajar kecek klate=cakap kelantan) huhuhuhu ~~ 

Okay enough.... nanti berbelitbelit pulak lidah tu nak sebut.. kuikuikui... malam nie kepala otak agak gelong sikit. Risau CNY nie da nak abez, tinggal beberapa hari je lagi nak balik IPG terchenta tue.. Actually banyak sangat tugasan yang HH kena buat dala cuti nie means bukan sesajer cuti duk goyang kaki je taw.. 

First ! kena hafal sistem tubuh badan manusia............ rangka, saraf, otot dan banyak lagi lah. Nak sebut pon payah. (camna nak hafal suma rangkarangka nie :( ) haih.. Ni la yang kena hafal contohnya.............
tenkiu incik google. hehe #sistem tulang@rangka manusia
Belajar anatomi dan fisiologi macam nie lah.... Terpaksa bukak balik buku Biology form 5 dulu. Hek3... (teringat masa form5 penah kursus pasal anatomi kat USM Kelantan. Kami belajar struktur dan bahagianbahagian dalam tubuh manusia. Sekali tu dorang letak mayat betul kat depandepan kami sampai seram sejuk dibuatnya) hehe. It's was the most excited moment in my life.. Takut tapi berani.. Apekah??? hehehe 

Second ! Kena buat tugasan bagi subjek Bahasa Melayu pulak...... Haih ! Yang tu HH langsung tak sentuh padahal nanti lecturer nak soal.. Whateva, terima jelaaaa kan?? hehe.. 

Till then,, boleh tak sesapa tolong ganti tempat HH skang.. Tolong hafal suma then wat tugasan tue #amboi kemain lagi kau ye anis. huhu..... Tapi yang pasti setiap student kena la tau kewajipan dia kan.. Menuntut ilmu hingga ke menara gading.. hingga ke lubang cacing pon boleh... DOn't give up ! ngeeee :D Enjoy reading guys ! 

Thank you for reading this entry :)

26 January 2012

.: Don't be afraid of height !! :.


Assalamualaikum !

Hye hye hye !! hehe malam nie rasa mau update blog jek. I wanna sharing something yang berfaedah for my lurvely reader. Hihihi.. For those yang tak suka blog nie tak payah baca k?? huhuhu... 

Okay let me know how much you olls know about abseiling?? Jom kita kenal.. Asal perkataan "abseiling" nie actually dari German dat mean "to rope down". kalau kot American English pulak dorang sebut rapelling yang mana kita guna tali nak turun ke bawah dengan kawalan yang tersendiri. 


Mostly climbers yang menggunakan teknik nie apabila berada di tebing curam atau berbahaya untuk turun ke bawah tanpa perlindungan. Nak tau lebih lanjut sila klik sini yep. hehhe.. 

This is me !!!!! 
-
-
-
--
-
-



Ni lah Firstime HH penah buat outdoor aktiviti yang mencabar iman nie. kui3.. This suwwitt moment happened at Pulau Pangkor when we got Physical Education outdoor activities. I'm enjoying myself ! FYI, i'is a fun safe way to explore and enjoy the outdoors.

Banyak yang kita dapat melalui outdoor aktiviti macam nie:-
  1. Cabaran mental(mental kena kuat. kalau asyik dok ikotkan takot tu takkan kemana lah kita. Entah2 duk melekat kat dinding tu tak turun2 dah) hehehehe
  2. Cabaran Fizikal (Kita kena persiapkan diri dulu before nak buat aktiviti nie, makan jangan tak makan kang pengsan atas tu takpon gayat ke kan) :)
  3. Yakin diri dat mean confident dalam diri tu kena tinggi
  4. Wow !! i like the thrill !! 
  5. Pengalaman yang unik/Unique experiences (Bila la boleh buat lagi) kekeke :D
  6. And last pic tue yang penting. Muahahaha..... @_@





Waiting for next outdoor activity in next entry. Enjoy reading !! Bubye :)



Thank you for reading this entry :)





.: Saya suka menari. Korang bila lagi? :.


Assalamualaikum !

Hye peeps ! Tak tido lagi?? Haa HH belum dapat lelapkan mata lagi sebab minum ayaq kopi banyak sangat even kepala ni bagai nk pecah plus sakit belakang2 nie tapi mood untuk berblogging ni still ada lagi. hehehe.. 

Okay let's get started ! kenapa dengan Seni Tari? Tarian? Yeah I mean tarian laa.... Jum kita scroll sikit sebanyak tentang seni tari ni ye...




Tarian Asli
Dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu.  Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Ganang, Sapu Tangan, Asli Selengang, Bentan, Telani, Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian Balai
Berasal dari daerah di negeri Terengganu.  Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti ketika di bendang.  Penari akan mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakkan di bawah gelanggang.
Tarian Canggung
Tarian canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia ke dua.
Tarian Siti Wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri HH sendiri iaitu kelantan dan ditarikan ketika musim menuai sempena temasya dan permainan wau. kalau datang ke Kelantan nie dapat la tengok pesta wau dan bole menari sama-sama kan. Hikhikhik :D
Tarian Dabus
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkaitan dengan kepalawanan Sayyidina Ali Radhiallahuanhu.
Tarian Gambus
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Dikatakan telah diperkenalkan sejak 50 tahun dahulu dan berasal dari negeri Arab.
Tarian Inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa upacara berkhatan anak pembesar-pembesar istana.  Ianya dipersembahkan kepada anak-anak pembesar semasa hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin.
Tarian Asyik
Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
Tarian Ayam Didik
Tarian ini berasal daripada gerakan berlaga ayam, dan ia dicipta oleh ahli tarian negeri Perlis.  Tarian ini diiringi dengan lagu ayam didik.
Tarian Cinta Sayang
Tarian ini berasal daripada yang menggambarkan kehidupan nelayan.  Tarian ini memaparkan bagaimana mereka mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian Joget
Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan orang Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima baik oleh kaum seluruh Malaysia.
Tarian Kuda Kepang
Tarian ini berasal dari budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam.  Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari dan unsur Islam jelas semasa cerita itu diceritakan yang mana mengenai perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Tarian Mak Inang
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian Zapin
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

see?? see pixca HH nie masa menari tarian ngajat dan tarian inang lau tak silap la. hehehehe... Sangat neves bila kat atas stage tuh.. Suma dok tengok jer kita naseb la tak silap step.. kekeke :D

So, conclusion nya, Let's dance like this ! huhuhu bubye ^_^


Thank you for reading this entry :)

.: Happy Wedding Day Kak Maya ! (entri bergambar) :.


Assalamualaikum

Ni haa resepsi majlis perkahwinan akak bestie HH iaitu Sheqeen ! 


kami yang mula2 rasmikan katil kawen dorang. hehehe. 
okay ni malam dorang nikah ! #sibuk je siku spe tah ats tue. hehe
Congrats kak maya & Abg Hariz
This is "hantaran utk pihak lelaki"
hantaran untuk pihak perempuan la pulaks . huhu
Kami bertiga lagi (besties!! lurve u olls muah3 !! ) hehehe
sesi kitorang berdua pulaks !! Nadya and Honeys. heee :D
eh kami lagi x0x0x0x0 :)))
And of coz kami lagi !! muahaha 

Here's wishing everyday of your life together is filled with everlasting LOVE, HAPPINESS & JOY ! Congratulations ! You both make a lovely couple in the world. hehehe... 

25 January 2012

.: Tips : Bagaimana cara meningkatkan rasa syukur?? :.



Assalamualaikum 


1) Luangkan waktu kita untuk merenungkan nikmat-nikmat yang sudah Allah berikan kepada kita. Nikmat itu sangat banyak, bahkan tidak terhitung. Jadi mengapa ramai orang yang mengatakan dia tidak mendapat nikmat? Kerana mereka kurang memberikan perhatian terhadap nikmat-nikmat yang sudah Allah berikan. Allah ulangi ayat ini berkali “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” dalam surah ar Rahmaan, dimana salah satu hikmahnya adalah agar kita lebih memperhatikan nikmat-nikmat Allah.

2) Berbaik sangka dengan Allah. Banyak nikmat yang tidak terlihat oleh kita. Kita sering menganggap bahawa nikmat itu harus dalam bentuk kebendaan, padahal lebih luas dari itu. Seringkali kita menganggap bahawa nikmat itu adalah sebuah pemberian, padahal All...ah sudah menghindarkan kita dari suatu musibah yang asalnya akan menimpa kita. Mungkin tidak ada yang bertambah pada diri kita, tetapi terhindar dari musibah bukankah ini juga sebuah nikmat yang besar? Renungkanlah…

3) Setelah kita mengetahui bahawa nikmat Allah begitu banyak, maka langkah seterusnya ialah memasukkan hakikat ini ke dalam hati kita agar melekat di dalam diri kita sehingga rasa syukur kita akan bertambah. Caranya ialah terus menerus mengingat nikmat dalam setiap waktu dan keadaan. Semakin hari sering kita mengingat nikmat Allah, akan semakin teruja dalam hati, maka rasa syukur pun akan meningkat.



"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

Thank you for reading this entry :)

24 January 2012

.: ISABELLA SAFFIYA :.


Assalamualaikum 

Hai my lurvely readers ! Buat ape tue... Petangpetang nie mesti ramai yang buat aktiviti riadah tak pon jalanjalan pusing kampung kan?? HH pulak dok lagi depan lappy sambil jaga adik HH si Anati Syamimi nie... 

Isabella Saffiya?? Who is?? huhu si kecik comey lote nie ialah anak kedua pasangan artis Serina Redzuan dan suami, Gavin O’ Luanaigh. Baby nie berat 3.3 kg. Tahniahtahniah ! ehhehe.. Tak puas tengok pixca baby comey nie....


Ekceli nama tu HH nak letak nama anak HH tapi kan tak kesampaian lagi la sebab kawen pon belom ag.. kekeke.. Gatai kan.. huhu. Enjoy reading. Bubye ^_^


Thank you for reading this entry :)




.: Group Apam Polkadot | Geng fiQ'ra :.



Assalamualaikum

Hai pembaca blog HH, actually HH ambil masa yang agak lama untuk siapkan entri nie. Entri nie berkisarkan tentang aktiviti group kami as  Geng Apam Polkadot di bawah GENG fiQ'Ra nie. Even leader kami nak yang ringkas but I have no idea to do what ! hehe. So, for those yang rasa member in group tu kena la buat apa yang leader nak kan??

If korang nak tahu, HH berada dalam Geng Apam Polkadot yang colourful ni ha. I have no idea where blogging will take me in the future, but either way I realize that every good blogger must be organized right?? That’s why Group Apam Polkadot dicipta dengan logo, matlamat dan tagline group yang tersendiri iaitu resepi kita kejayaan bersama. Senang nak ingat sebab ia ringkas dan padat and also ada maksud yang tersendiri.

FYI, kat bawah nie ialah senarai member geng apam polkadot yang diketuai oleh Faizal PM(http://pendambamawar.blogspot.com/). 

Ahli Group Apam Polkadot :-

*Aqidah Nuwairah ☜♥☞ http://iniblogciknuwairah.blogspot.com/
*Aziera Adenan ☜♥☞ http://ierasukamenaip.blogspot.com/
*Anis Haniz ☜♥☞ http://honeyzhasdi.blogspot.com/
*Hafizah Fitrah ☜♥☞ http://izamindorayakis.blogspot.com/
*Nurin Najwa ☜♥☞ http://qesahsaya.blogspot.com/
*Intan Syazwani ☜♥☞ http://msyarz.blogspot.com/


Banyak lagi yang dah kami discuss dalam group nie. Logo dan banner leader yang create. He’s so creative. Nak tau lebih lanjut sila tekan sini. Yeah ! logo berserta nama member juga tagline kami. We loves to share experience, inspiring from others yang mana lebih banyak pengalaman dan lebih tua dari kami, bertukar2 pendapat and also lead to be better knowledge sharing. Lagu pulak otw nak bikin. Hehehe.

Harapan HH semoga group nie sentiasa dapat collaborate each other and becoming  unite family, achieving our  goal and of cuz being the greatest group among others ! =)




Thank you for reading this entry :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com