halaman utama

31 January 2012

.: Resepi : APAM POLKADOT :.


Assalamualaikum

Hai pembaca blog HH, hari nie nak berkongsi sikit dengan korang suma resepi kueh apam polka dot yang HH baru jer buat 3 hari lepas.. Taknak cakap banyak, scroll down jer la erk.. hehe.... 






Bahan-bahan 


  • 3 biji telur(gred A) #keluarkan dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum (ayak bersama dengan baking powder)
  • 150 gm gula halus
  • 150 gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu kecil essence vanila
  • Filling iaitu inti nk letak kat dalam(HH gune inti kaya). Nak guna mix fruit pon boleh. 
  • Pewarna ikut suka warna apa pun 


Cara membuatnya :-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maxima selama 5-6 minit (seeloknya pukul telur dengan gula dulu hingga kembang kemudian masukkan esen vanilla dan tepung tu semua)
  2. Masukkan tepung selang seli dengan susu segar dengan kelajuan perlahan.
  3. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa korang.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag.
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang(HH guna acuan cupcake tu jer tujuan letak dalam acuan ni sebab nak bagi nampak shape yang cantik kueh apam kita nanti. #tengok pix kt bwh)
  6. Taruk inti kaya (nak guna filling lain pon bole/ikot citarasa la)
  7. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  8. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan korang lagi. hehe.
  9. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10-15 minit atau sampai masak. 



sebelum dan selepas masak :)

HH tengok kat myresipi.com jer.. Selamat mencuba yer sayang2 suma. hehe.. Bubye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com