halaman utama

31 July 2011

.: Air mata termahal siapa yang punya ? #1:.

Assalamualaikum


Telah banyak kajian berkisar pemilik air mata yang termahal&siapa
yang berhak memperoleh tangisan yang mengeluarkan simbahan air mata termahal itu
agar ia selalu hidup menghiasi duka yang telah lalu,
kesedihan yan sedang berlangsung
dan lara yang akan terjadi masa hadapan.
Kajiankajian ini menimbulkan bermacam pertanyaan berkenaan pemilik air mata ini.
Kita boleh mencari jawapannya dari penjelasan berikut ini :

a) IBU
Dia adalah seorang manusia yang tinggi kedudukan&lembut
yang mampu mententeramkan perasaan kita.
Seorang di mana kita dilarang untuk berkata kasar kepadanya&tidak
diizinkan berangkat berjihad di jalan Allah s.w.t tanpa mendapat restu daripadanya.
Ini dilakukan sematamata untuk meraih keredaanya&memberi kebahagiaan kepadanya.
Ibu adalah sumber airmata yang tidak pernah kering dalam mengalirkan cinta&kasihsayang.
Ibu adalah seorang yang Allah s.w.t telah wasiatkan kepada kita agar berbuat baik kepadanya dan Allah s.w.t telah iringi (di dalam al-Quran ) kewajipan mentaati ibu.

b) AYAH
Kita melihatnya sebagai seorang yang kuat, tabah , penuh kesabaran&tidak
pernah goyah walau apapun yang melanda.
Kita tidak dibolehkan sedikitpun menyatakan kelemahan&air matanya.
Biarlah ayah menjadi suri tauladan yang luhur yang melambangkan kekuatan&keteguhan.
Ayah sebagai seorang yang kuat, begitu juga suami keduaduanya pemilik airmata.
Namun jarang sekali kita melihat air mata mengalir daripadanya.

c) ANAK REMAJA
Dia adalah makhluk suci bersih&kekasihnya Allah s.w.t. Nikmatnya hati yang kita harungi sematamata wujud,manakala boleh membuatnya bahagia tenteram&mencegah agar air matanya tidak turun bercucuran.

d) ORANG YANG DIZALIMI
Seorang yang tidak memilih apa-apa selain dari air mata yang mengungkap aneka ragam penderitaan yang dia rasakan.

p/s : is reading HIKMAH terapi AIR MATA yang dihadiahkan oleh kawan HH..
Jika ada kelapangan HH update lagi yer..:)



Thank you for reading this entry :)



.: WISHING YOU A BLESSED RAMADHAN :.

Assalamualaikum


Thank you for reading this entry :)


28 July 2011

.: COUPLE TAK MENJAMIN :.

Assalamualaikum

Memang betol orang tua cakap especially umi HH " Kak Long, duk sana blajar leklok.. Ingat umi&ayah kat rumah, jangan nakalnakal " oke.. HH da pegang katakata umi tu skang memang betol couple tak menjamin&hanya membuang masa. Ape yang dapat hanya kepurapuraan sematamata. HH berada kt cnie tok penuhi impian umi&ayah yang nak tengok HH jadi seorang guru yang berjaya kelak. Umi, HH nak mintak maaf sangatsangat kekadang HH da lukakan hati umi, tak dengar cakap umi. Tapi kali ni HH sedar.. Katakata umi tu membawa sejuta makna kt diri HH. Berdua lebih baik bila samasama sayang, percaya&jujur antara satu sama lain bukan diisi dgn penipuan. 

p/s : HH undur diri demi kebahagiaan korang..:)


Thank you for reading this entry :) 

27 July 2011

.: Contest : CONTEST BERSAMA SI MANJA ( MR_RIGHT ) :.

Assalamualaikum

ha.. Festym HH join contest & kali ni tergerak hati nak join satu contest ni. 
It  was organized by MR_RIGHT
nak tawu lagi tak info pasal contest ni?? ape lgi klik la kat link tu. huhu.

so, HH choose this pix

HH dengan si budax kecik kiut miut.
Her name is ARIESYA NAJIHAH. My lil sis.
Umur setahun 5 bulan.

Hadiah pon best. hehe. ape lagi korang? join la skali. huhu.
Oke now HH nak tag si cumelcumel di bawah ni..:)


Hehe. DONE !!
So u olls wish me luck keyh?? :)

Thank you for reading this entry :)







.: Lirik lagu : biar hati mencintai - sarah aqilah :.



Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…


Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…


Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…


hooo..

iyeahh..

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…

Selamanya…
Selamanya…
Selamanya…

Thank you for reading .

.: WORDLESS WEDNESDAY #2 :.

Assalamualaikum.

Hmm.. now i'm here to say



Thank you for reading.


26 July 2011

.: Mariposa vs Meriposa?? :.

Assalamualaikum

Hye suma. Hope dalam keadaan sihat sejahtera.
Kali ni HH nak story pasal MARIPOSA vs MERIPOSA
Apekah ?? huhu. 
Jum scroll down !! 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oke cukup dh.. hehe.  
MARIPOSA ekceli sejenis barbie doll. 
barbie doll ni chumell sangatsangat
HH dulu pemes ngn nama ANIS MERIPOSA(pemes la sgt. huhu)
1st tym wt account FB pakai nama MERIPOSA AKANISHI. peliks kn?
* lidah melayu biase la tukaq ja A jd E huhu *
Pastu tukaqtukaq then dah terbiasa dgn nama skang. HONEYS HASDI
Bangga sebab nama dekatdekat dengan nama ayah. Thanx ayah bagi nama ni. :) 

Oke. Ni serba sket pasal barbie mariposa.
Barbie Mariposa (alternate title: Barbie: Mariposa and her Butterfly Fairy Friends) is a 2008 direct to video computer animated Barbie film which was released on February 26, 2008. This film is a part of the Barbie "Fairytopia" series, 
but is not a canon sequel to the previous films.
This is the first film in the series which does not have Kelly Sheridan voicing the protagonist. "Mariposa" is the Spanish word for "butterfly"

nak tawu dgn lebih lanjut klik di sini Barbie Mariposa
you wanna see her?? 
Hehe.This is my chumellest barbie doll.. 
Princess Mariposa *google*

Ha.. Tu je kot nak merapu kali ni. Huhu. Tc everyone !

Thank you for reading this entry :)


25 July 2011

.: makan banyak kenapa tak gemuk gak?: :.

Assalamualaikum

 * konpius *
Makan banyak tapi tak gemokgemok. Cmna tu? Haih.
Padahal AtoKNenEkpAkCikMakcIkUmiAyah takda la kurus kering cm HH ni..
So,, faktor apakah yang boleh diutarakan kt snie? huhu

Ada ssetengah sumber tu kata disebabkan oleh metabolisma tinggi. Apekah???
yela dah makan banyakbanyak mana pon tak gemokgemok..
 Lam sains lak mengatakan bahawa orang yang tinggi metabolisma, lagi banyak makan, lagi banyak kalori yang dibakar maka jadik lah keding tinggai tulang bagai.
Betol ker? haiya.. payoh kawe kalu lagu nie sokmo.. hoho
Si dia cakap HH ni kejap berisi kejap kering jek.. mne 1 ni?? misteri laa..:D
makan banyak pon tak gemok tak makan pon tak gemok mentangmentang la skang ada kt  umah so redah jek ape makanan yang ada tak kira dah banyak kolestrol ke tinggi lemak ke suma HH angkat. Amboii nak melantak ke apa ni? tawu la susa nak gemok. weee @_@
haa.. korang HH ade tips tau tak bagi gemok..

1) lau tym makan tu, makan la slowslow & kunyah makanan tu smpai betolbetol hancur sbb ia bantu proses penghadaman sekaligus mengelakkan gemok. Sebab tu tiap kali makan, HH makan agak lambat sket la dari orang lain.huhu..

2 ) Try korang hidu kulit pisang. KULIT PISANG je k ! harihari. Kompem leh kurus. hehehe.. HH da buat dulu la sbb tu berani share tips ni.. Skang ta buat da takot jadi tengkorak hidup lak. haha..

3) Alah yang ni senang jek. Korang JOGGING la atleast 2kali seminggu pon da cukup dari xJOGGING langsung. Tol tak? buat la ye.. Nak jalan sajer pon boley..

4) jangan lupa sarapan pagi ye. At least minum susu 1 cawan before g clas@nak pegi manamana tempat. makan yang ringanringan jek. Name ag sarapan kan.

5) oke yang last ni sangat penting bagi kita lau nak kurus@elak dari penyakit. Jangan makan jajan@fastfood bagai. Tak bek tok kesihatan&boleh menggemokkan. So, jangan makan lagi yek. Selain itu, elakkan minuman bergas, minum air masak banyakbanyak&makan makanan yang menyihatkan tubuh badan anda.


Macam pakar la pulak nak bagibagi tips bagai ni.. so, lau tips ni bole diguna pakai silasila lah ye praktikkan di rumah.. hehe.. Ilmu jangan kedekut.

Tapi kan malam ni ase lapaq gila. sebab tak dinner lagi. petang tadi pon makan waffle jek. ha tu suma makanan yang meggemokkan tapi awat tak gemok gak?? wink2
* tepuk dada tanya la perut korang masingmasing ye*

Menu malam ni susu HL ngn black pepper sausage. :)

Kenyang la jugak dari tak makan pape.. (makanan tak menyihatkan) heee




Thank you for reading :)



  

22 July 2011

.: Resepi : PAVLOVA :.

Assalamualaikum

Jum kali ni kita shareshare pasal masakmasak pulak.
HH mau share sal satu dessert ni kat korang suma.
PAVLOVA

Mesti korang tertanyatanya ape benda la PAVLOVA ni kan? nampak cm sedappp kan? huhu. memang sedapp pon sbb HH dah buat.;p

Oke. Meh sini nak storymory.
Pavlova adalah satu pencuci mulut meringue-Ia dinamakan sempena nama
penari balet Rusia iaitu  Anna Pavlova.
Pencuci mulut adalah makanan yang popular di sana. Tehee.
Biasa lah si bennett ni mengidam agaknyew. huhu. We're going to start our work ! !st attempt making tis dessert. how sweet ! Master plan is AdEq. nak kenal dia sila klik di sini bennett . hihihi.


BAHAN-BAHANNYA :




150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (kotak punye)
buah-buahan segar(HH guna strawberi dan kiwi)

topping : buah strawberi, gula, air dan sedikit garam


Pavlova: 

  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul. 
  3. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.




















4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. 
















5. masak sos strawberi.

















6. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..









So, pix kt atas tu lah hasilnye yang kami berTIGA buat. Ahahahaha. Sakit perut gelak. Biasa la budakbudak wt keja camni la jadinye. :p

Even kurang menjadi sket tapi ia still sedap. InsyaAllah lain kali boleh cube lagi. Untuk keterangan lebih lanjut lagi klik sini yep the making of pavlova . So u olls SELAMAT MENCUBA !! :)

Thank you for reading this entry :) 

.: kenapa awak??? :.

Assalamualaikum

hye suma. Malam ni HH ase nak buat something yang ta pena orang buat la.
cakap ngn diri sniri..
Like crazy gak r bunyinye tapi nak wat cmne dah rase cmtu kan.
ni la die benda yang ade lam kepala skang ni. huhu.

tajuknye KENAPA AWAK?? HH tanya HH jugak yg jawab. huhu

Q : Kenapa HH sayang AWAK?
A : Sebab AWAK sayang HH. Sebab AWAK lain dari yang lain (boleh pakai ke?)

Q : Kenapa AWAK hadir dlm hidup HH ?
A : Sebab AWAK mahu kenal HH dengan lebih jauh lagi ( Iye ker? )

Q : Oke. Skang HH sayangkan AWAK. Ape AWAK nak buat ?
A : Errr ( ta pena tanya lagi tu )

Q : HH nak AWAK sorang jek taknak shareshare kasih sayang AWAK dengan orang lain boleh tak?
A : AWAK boleh buat ker? (belum diketahui)

Ok lah tu jek nak merepek kali nie. tapi HH lagi suke entry mmbe neh.. nak tau sila kliks kt echa nie.. nak merepek gak ker ? jum !! haha.


Thank you for reading this entry :)




20 July 2011

17 July 2011

.: Salam Nisfu Syaaban- Kelebihan dan Keistimewaan:.



Assalamualaikum

HH nak kongsi sket pasal nisfu Syaaban. Info ni HH dpt dr 1 laman web ni&Ilmu yang baik tak perlu lokek utk dikongsi dgn readers cuz samasama nak pahala lebihlebih lagi di bulan yang mulia ni kan?? :) oke jum baca !

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lainlain juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya. Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa.

Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.

Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Utk info lanjut berkaitan dengan Bulan Syaaban sila klik di sini. Mintak dikongsi ye. :)

Thank you for reading this entry :)

16 July 2011

.: HB to my Bestie :.

Assalamualaikum.
Peace upon to you

Okay skang HH nak share something ngn korang.
nak share ape ye..
haa nak tahu x? hari ni adalah besday my bestie
-SITI NADIAH ZAKARIA-
On your birthday, today, I wish
HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR !!
You are a good friend and an even better person that I've ever meet.
You are an amazing friend, with a good heart
I am so lucky to have been blessed with a friend as wonderful as you.
On your birthday I just want to thank God for sending you into this world. 
Thank you so much for standing by my side and being such a lovely friend always
Nobody is as luck as me to have you.
You understand me more than I can even understand myself
You listened to me when I wanted to talk.
You were always there to help me get rid of my fears and wipes away all my tears
thanks for the friendship we share.
May you be gifted with life's biggest joys and never-ending bliss.
After all, you yourself are a gift to earth, so you deserve the best.
Happy Birthday!!
Here she come
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
~besday gurl~ -


Thank you for reading this entry :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com