halaman utama

27 February 2012

.: kepenatan :.


Assalamualaikum

haih.. muka after penat jalanjalan pusing pulau


masih lagi tak larat nak update entri baru sebab baru je balik.. hik2 :p

p/s : ish3 ade jugak yer manusia yg tak reti baca peraturan blog nie. macam2.. this is my blog... so,, what i write, what i told juz for my LOVELY readers.. so, for ANON like YOU ! Get out from here la.. lalalala :p

Thank you for reading this entry :)

23 February 2012

.: Bila cikgu bertukar jadi nurse :.



Assalamualaikum

Hai pembaca blog HH.. Pagi nie ase nak update belog nie sal dot dot dot.. heee :D (tengok  r tajuk atas tuh.. haih .. hehe )

Okeh.. Nurse?? Ni la citacita HH dulu before masuk maktab perguruan nie... nak jadi nurse... kalau doktor memang tak layak la even amek subjek sains tulen pown.. hahaha.. Parents tak bagi jadik nurse sebab?? Entah la malas nak tanya. Actually dah dapat tawaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia tapi tak kesampaian jugak la. huahuahua..

Tengoktengok bila masuk maktab,, tercapai la jugak citacita nak merawat orang sakit.. hihi.. Bulan Sabit Merah Malaysia.. See see.................

Bangga jap bila pakai uniform pegawai nih ! lalalalalala :p
my kakak angkat. kak miera.. Oh ya.. dia pengakap. hihi :)
okay fine. dalam kuliah pon sempat lg posing #sukeaty aku la.. haha

Thank you for reading this entry :)


22 February 2012

.: Wedding Reception @ Safira :.


Assalamualaikum

HaiHaiHai my lurvely readers ! 

Enjoy viewing wedding reception pix @ Safira Country Club, Seberang jaya, Penang
huhuhu

Jum scroll down mukamuka ceria mereka 

-Anisah+Echa+HH+Wana+Imah+Ain-
At first tu kitorang bawak bunga manggar dulu iring pengantin.


With student IPG Penang :)
hohohoho peace !! 
Hik3.. kena kaco
tengah bersiap nak menari
Echa, HH
After penatpenat bagi doorgift kat tetamu suma, hajatnya nak tengok midnite movie tapi atlast pegi Gurney Plaza jek..lepak2 kat tepi pantai pulaks..  heeeee:D


Keesokan harinya,, tido ntah kul bape baru bangun. hehehehe :D

Thank you for reading this entry :)

.: Wordless Wednesday #14 :.

Assalamualaikum


Tolong diam bole tak? Tak payah dok wt pulon sangat diri tu. huhu.

Thank you for reading this entry :)

21 February 2012

.: Happy BirthDay Angah ! :p :.


Assalamualaikum 

Today is ma sista besday ! 

 Eyzzah 

May God bless you with
real success and pure love,
cute smile and happy day
May this day be your
best day ever.
Happy Birthday.

p/s : hadiah nanti tunggu kaklong beli kat Langkawi next week ya !! hehe :D
Thank you for reading this entry :)

.: Goodluck dear :) :.


Assalamualaikum



Semoga apa yang kamu inginkan tercapai.. 
I always be with you :)


Thank you for reading this entry :)

16 February 2012

.: Segmen : BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ? :.



Assalamualaikum

Hye my lurvely lollylolly readers. hehe.
Hari memang mood join segmen kot. huhu.
See?? HH join segmen Abg Ben nie haa...
Check it out !!--->>



Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?
Okay let see, mengkritik nie banyak tujuannya sama ada dengan niat baik atau sebaliknya lebih2 lagi blogger. Tak salah nak kritik tapi kena la kritikan yang membina dan dapat memberi manfaat hasil daripada kritikan tu kepada orang lain kan. Jangan lah pula nak mengkritik sebab nak memalukan orang lain kan. Ish3.. jangan buat macam tu taw. Tak baik. Samasama lah kita baiki kesilapan dan kelemahan diri kita nie yer. 

kata Abg Ben
 "Dilarang sama sekali , mencaci maki , mengkritik di luar batasan dan tidak berasas dan elakkan dari menyakit hati empunya blog. Jadilah pengkritik yang bijak dan bersopan"

Haa tunggu apa lagi?? jom join sama.. hehe


Thank you for reading this entry :)

.: Segmen : JIKA DAN BERAPA :.

Assalamualaikum

Petangpetang camnie selalunya HH akan tido tapi kan........... tak dapat tido jugak.. huhu. So, masa ni la nk buat macammacam. hehe. Join segmen faizal :)


Nak join kli kt banner yang colour orange tu yer.. #amboi mentangmentang la tu kaler faveret HH. huhu.. Okay dah jom jawab soklan pulak. 


SOALAN 1 : BERAPA KALI ANDA GOSOK GIGI DALAM SEHARI. 


As usual 3 kali la faizal oii.. pagi nakg claz, tengahari balik claz, sebelum tido. If HH nak going out manamana, gosok la dulu kan. Kang kurang selesa pulak nanti. huhu


SOALAN 2 : JIKA PM BAGI ANDA RM 200 APA YANG AKAN ADA BUAT ? 


Nak bagi RM200 yer?? Bile nak bagi?? Cmna nk kasitau sebab tak dapat lagi 200 tue.. hehe. Gurau jer.. Kalau dapat, maybe HH akan beli something yang kita boleh simpan @ nampak specially apa yg kita pakai@kita guna.. yela, sebagai tanda terima kasih kpd yg baik hati bagi duit tue. ngeee :D


SOALAN 3 : MANA AWAK TAHU BLOG PM NI? 


HH first tahu dari group Sahabat Blogger kat fb. Dalam hati " Eh, dia ni sape ek sebenarnya. Nak kenal la". Tetibe dia datang komen entry HH and follow blog HH. Stat dari tu la kenal faizal nie. hehehe :D

Okay lah korang. HH dah join. Bubye :)


Thank you for reading this entry :)

.: presentation yang entah pape :.



Assalamualaikum


Hai pembaca blog HH. Korang ada perasan tak yang lately cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas memanjang. Naseb la selesema HH nie dah hilang. 3minggu jugak la demam selesema. Haih. Lame giler.. korang pon sama ker?? huhu

Tapi yang pasti sejak 3, 4 hari ni macam takda masa nak rehat dah. Musim assignment dah datang, so pulon dok buat benda ni ah. malam tido lewat, pagi bangun awal. Bape jam jer tido. Tadi group HH present, tapi HH tak bersemangat dan tak dapat present dengan baik. Suma benda tungganglanggang. Ayat dalam slide tue kekadang tertukar dan tersalah sebut. Kenapa jadi macam tu ek? Haihhh !

~~~peningpeningpening~~~~

Hahaha muka HH tak bermaya sangat hari nie sbb tu jd cmnie.. naseb la ada vitagen :p


Sambilsambil tu meh layan lagu nie.. hehe



video



Thank you for reading this entry :)

.: Kenyang sampai pagi :.


Assalamualaikum

Ayam penyet?? AP?? Dat's my faveret maa... huhuhu.. Lama sudah tak makan AP nie tetibe hari tue Kakwa ajak makan AP sebab dia puasa.. So ape lagi...... makanmakanmakan !!!!



Sampai pagi kenyang... hehehe..:D

Thank you for reading this entry :)

15 February 2012

.: Doa penyucian jiwa :.


Assalamualaikum

Perkongsian doa kali ini ialah satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doa ini sepatutnya dijadikan amalan agar jiwa kita sentiasa cenderung kepada amalan yang membawa kepada ketakwaan.


Isi doa ini juga kita memohon agar Allah menyucikan jiwa kita. Kita tidak mampu untuk menyucikan jiwa kita melainkan dengan izin dan bimbingan daripada Allah SWT.
Doa tersebut ialah :

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أنتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أنتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Bermaksud : Ya Allah, Berikanlah kepada jiwaku sifat takwa dan sucikanlah jiwaku, Engkau sebaik-baik penyuci jiwa. Engkau adalah pemiliknya dan penjaganya.

Semoga kita dapat mengamalkan doa Nabi saw ini dalam kehidupan seharian.

Thank you forreading this entry :)

.: Wordless Wednesday #13 :.


Assalamualaikum



bantai sampai dua bungkus hari nie.. hehehe :D:D

thank you for reading this entry :)

13 February 2012

.: Lirik lagu : Be Mine by Tasha Manshahar :.

Assalamualaikum


Eh layan la pulak lagu nie bila dengarbanyak kali. hehehe..so, layan la sama k ! huhuhu :D



Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh..

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit-sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong tou
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever

Please be mine forever....

Dalam lirik nie ending macam sedeyh kan tapi tu lagu jer. . hakikatnya he always juz mine !! ngeee :D

Thank you for reading this entry :)

.: Tercapai jua hajatku :.


Assalamualaikum

Hye my lurvely readers... Hari nie HH, Echa dan jugak Anisah pergi cari buku rujukan Anatomi dan Fisiologi kat Bookstore Kulim. Lepas beli buku kami pon jalanjalan la kat Kulim Landmark Central... Ingat nak cari lagi bukubuku rujukan kat sana. 

Dekat landmark ni pulak singgah bookstore tingkat atas tue.. So, beli la buku rujukan subjek Hubungan Etnik dan juga Novel. hikhik. dah alangalang kan beli jela.. Novel SEJUTA NAFAS CINTA by Shanika Latisha menarik minat HH tok beli.. hehehe.. 

Oh ya kat situ cari kasut untuk unit beruniform nanti... Lagi, singgah jap kat Giant cari stok makanan sikit. hehhee. Lepas penat berjalan, seterusnya destinasi kami ke Restoran Abang Capati. Sedap gila capati dia. Dah lama HH tak makan capati tue hehe.. Bila makan dah hilang la mengidam neyh.. wakaka... :D



Okay tu sajer nak gtau... satusatu hajat HH dah tercapai untuk semester nie.. Alhamdulillah ya Allah kerana telah permudahkan urusanku. Amin. :)

Thank you for reading this entry :)

11 February 2012

.: Music On Saturday #1 :.

Assalamualaikum

(sebelum bukak video ni, pause dulu lagu kt sidebar tu yep. hehe)


video

Penerang Hati 

Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

10 February 2012

.: 3 Roomate's Day Out ! :.


Assalamualaikum

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. LIKE ROOMATE LIKE US ! huhu. Kami 3 pasangan. huhu. Macam couple la pulaks. kami roomateroomate pakat kluar ramairamai tujuannya nak pergi makan pizzahut coupon tue.. 

So, ape lagi.. peluang emas jangan diabaikan #emas ker?? .. ngeee :D 

Lepaklepak kat BR dulu. Dah lama kempunan benda nih. huhu

okay lettew for 6 person..hikhikhik :p

okay. tak bukak lagi. hehe. 
Tak sabar nak makan. yummy3 ~!! 

roomate HH nie makan tak ingat dunia dah. hehehe :D

Nisah & Wana 

ain & feeka
Lepas makan tu suma kenyang sangatsangat.. Full tank dah.. kami pon mula la nak menggila sikit.. heeee :D


P/s : Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yang benar-benar merupakan sahabat kita yang sejati?? huhu renungrenungkan lah dan selamat beramal.. lalala ~~ 

Bubye !!

Thank you for reading :)




.: Pengembaraan yang Melaparkan :.


Assalamualaikum

hye my lurvely readers ! sehat... meh snie meh ceq nk ceghita nie... huhu.. bile ntah ceq, roomate ceq dengan soang lagi kawan ceq nie p QB Mall.. Dia nk cari kamera.. huhuhu.... Okay nk ceghita nie sbnaqnya.. kami suma belum makan lagi. lapaq gila.. hehe.. so kami masuk la Coffee bean dulu minum vanillalatte and chipchoc muffin.. dapat la buat alas perut ni sikit.. huhu... kawan ceq nie da lama dah usha bendalah nie and then dia terbeli la.........................>>

Nikon Coolpix S9100 Red Digital Camera

lawa kan lawa kan?? hehehe... so with this camera,, kami pon mule la snapsnap pix... huhu... try d new one !

Nie tuan punya kamera.. try effect dalam kamera tu jugak. nice one ! huahuahua... 
HH&Roomate !
Okay then kami jalanjalan lagi................. Lepas penat jalanjalan dalam QB tue kami pon gerak ke Pantai Batu Feringgi.. Tapi kan..... mak aih ! jalan jam giler.... perut da lapar balik tapi tahan jelaaa... huhuw ~~~ 

-pantaipantaipantai-
sampaisampai kat pantai dah nk maghrib... Tak sempat jugak la nk snap gambaq sunset... sdeyh.. #masih lagi belum makan.. laparrr... huhu.. Okay,, lepas tu kami terus pergi night market-----

jalanjalan cuci mata.. lalalala ~
Ouchh perut tak tahan dah dengan kelaparan yang melanda diri nie..... terus jalan pusing cari kedai makan yang halal (payah sangat nak ada)... Kami pon singgah la makan kat KFC.. Tu jer tempat makan yang ada.. yang len suma matsaleh bro... hehehe... Okay,, dah makan... so kenyang la... Dari tengahari sampai malam.. makan muffin jer mana cukup kan.... hehe... itu lah pengembaraan kami yang sangat melaparkan... Bubye.

Thank you for reading this entry :)



09 February 2012

.: tafaqquh dan kerohanian #1 :.


Assalamualaikum
"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

-Imam Hasan Al-Basr

Thank you for reading :)

08 February 2012

.: Wordless Wednesday #11 :.


Assalamualaikum



Sangat cuak bila tibatiba disuruh berpidato depan khalayak ramai. Huh ! 

Thank you for reading this entry 

07 February 2012

.: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu 4 sifat yang membinasakan :.


Assalamualaikum

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: 

• Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula at
au;
• Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata : 

• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali r.a berkata : 

• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.


Samasama lah kita renungkan yer... 

Thank you for reading this entry :)

06 February 2012

.: setia didepan mata, curang disebaliknya :.


Assalamualaikum



Hurmm kalau korang tengok tajuk kat atas tue apa yang korang dapat simpulkan?? If sengaja@x means dia dah curang kan.. Mana kejujuran?? Mana janji sayang yang duludulu??  Depan mata baik jer tapi kat belakang?? Kalau dah curang perlu ke kita percaya kat dia lagi?? Think it yourself atau lu pikir la sendiri ! Enjoy reading... Bubye ! 

Thank  you for reading this entry :)

05 February 2012

.: 5 PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU ! :.


Assalamualaikum

Sudah lama rasanya tidak berkongsi tips dengan anda semua kan.. Woohoo hari nie HH nak share sikit pasal kesihatan dan penjagaan badan yang sehat. Jom scroll down 




OUTDOOR VS TREADMILL - Berlari adalah salah satu latihan terbaik dan paling mudah untuk membakar lemak yang ada dalam tubuh korang tu la. hehe. Tapi mana yang lebih baik ? berlari diluar or treadmill ? Berlari di luar membakar 5% kalori lebih banyak(pada kecepatan tertentu) berbanding berlari di atas treadmill. Di luar kamu menahan angin dan harus menekan permukaan tanah untuk bergerak ke hadapan. Treadmill pula kamu tidak perlu menekan permukaan tanah. Namun dari sudut kekurangannya pula, berlari di luar ruangnya yang besar boleh memberi risiko kecederaan. 



LEMAK YANG MENGGANGGU KERJA OTAK - Bukan semua lemak terkumpul di perut. Salah satunya adalah asid lemak palmitat. Lemak ini boleh mengganggu kerja otak dalam mengatur leptin dan insulin sebagai signal kenyang. Kesannya kamu akan rasa ingin mengunyah lagi dan lagi. Oleh itu, make sure kamu kurangkan makan daging, mentega, keju dan susu full cream. Sumber : Hasil kajian UT Southwestern Medical Center diterbitkan dala journal Of Clinical Investigation.
HABISKAN MASA DI KOMPUTER RISIKO GEMUK - Orang yang menghabiskan banyak waktu di depan komputer berisiko 1.5 kali lebih tinggi mengalami kenaikan berat badan dan 2.5 mengalami obesiti berbanding mereka yang tidak menggunakan komputer. Sumber : Journal Of Medical Internet Research.



YOGA BOLEH BUATKAN KAMU JADI LANGSING - Mungkin yoga tidak membuat kamu bermandikan peluh seperti berlari tapi yoga mampu membuatkan kamu makan lebih sedikit. Hal ini kerana orang yang rajin beryoga cenderung makan dengan'tenang'. Usually mereka akan makan saat lapar dan berhenti bila kenyang. Sumber : Journal Of The American Dietitic Association.

                                                         

TEKANAN BUAT KAMU LEBIH GEMUK !!!! - Wanita yang menderita akibat tekanan biasanya memiliki 24.5% lebih banyak lemak berbanding mereka yang tidak tertekan. SUmber : Journal Psychosomatic Medicine. 

Thank you for reading this entry :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com