Assalamualaikum.
Entri kali nie pasal makanan&resepi lak yep sebab HH da mula stat pollowpollow belogs masakmasak yang hebathebat taw !! Ouch I'm addicted to food yaw.. hehehe.. okelah dari duk mengarot ta tentu hala nie baek straight to the point kn? HH nak share satu resepi kt korang yang HH buat petang tadi as for our pencuci mulut iaitu Puding Telur Kaya nama diberi.
PUDING TELUR KAYA
*resepi : my mummy
Bahan-bahan
7 biji telur ayam gred A(HH guna 8biji sebab gred B)
2 keping gula melaka
5 sudu besar gula
3 helai daun pandan
1 1/4 cawan air
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
Cara-caranya
1) Guna api yang sederhana, didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan gula melaka.
2) Masukkan gula, garam dan daun pandan, kacau hingga hancur dan sebati dengan manisan gula melaka tadi sehingga naik bau.
3) Kacau sehingga mendidih dan biarkan seketika.
4) Kemudian pukul telur dengan esen vanila hingga gebu dan tuang ke dalam manisan yang telah didihkan tadi dengan perlahan-lahan.
5) Biarkan adunan sebati dengan api perlahan sehingga manisan sebati dengan telur tadi.
6) Agak-agak dah nak kering, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.Kemudian hidangkan. :)
*tips : daun pandan boleh dikeluarkan jika mahu puding anda kelihatan cantik. hehe. Ia sekadar mewangikan kueh&menghilangkan bau telur.
Oke.. Selamat Mencuba pemanis mulut dari Kelantan yep. :)