26 January 2012

.: Saya suka menari. Korang bila lagi? :.


Assalamualaikum !

Hye peeps ! Tak tido lagi?? Haa HH belum dapat lelapkan mata lagi sebab minum ayaq kopi banyak sangat even kepala ni bagai nk pecah plus sakit belakang2 nie tapi mood untuk berblogging ni still ada lagi. hehehe.. 

Okay let's get started ! kenapa dengan Seni Tari? Tarian? Yeah I mean tarian laa.... Jum kita scroll sikit sebanyak tentang seni tari ni ye...




Tarian Asli
Dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu.  Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Ganang, Sapu Tangan, Asli Selengang, Bentan, Telani, Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian Balai
Berasal dari daerah di negeri Terengganu.  Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti ketika di bendang.  Penari akan mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakkan di bawah gelanggang.
Tarian Canggung
Tarian canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia ke dua.
Tarian Siti Wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri HH sendiri iaitu kelantan dan ditarikan ketika musim menuai sempena temasya dan permainan wau. kalau datang ke Kelantan nie dapat la tengok pesta wau dan bole menari sama-sama kan. Hikhikhik :D
Tarian Dabus
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkaitan dengan kepalawanan Sayyidina Ali Radhiallahuanhu.
Tarian Gambus
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Dikatakan telah diperkenalkan sejak 50 tahun dahulu dan berasal dari negeri Arab.
Tarian Inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa upacara berkhatan anak pembesar-pembesar istana.  Ianya dipersembahkan kepada anak-anak pembesar semasa hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin.
Tarian Asyik
Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
Tarian Ayam Didik
Tarian ini berasal daripada gerakan berlaga ayam, dan ia dicipta oleh ahli tarian negeri Perlis.  Tarian ini diiringi dengan lagu ayam didik.
Tarian Cinta Sayang
Tarian ini berasal daripada yang menggambarkan kehidupan nelayan.  Tarian ini memaparkan bagaimana mereka mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian Joget
Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan orang Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima baik oleh kaum seluruh Malaysia.
Tarian Kuda Kepang
Tarian ini berasal dari budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam.  Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari dan unsur Islam jelas semasa cerita itu diceritakan yang mana mengenai perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Tarian Mak Inang
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian Zapin
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

see?? see pixca HH nie masa menari tarian ngajat dan tarian inang lau tak silap la. hehehehe... Sangat neves bila kat atas stage tuh.. Suma dok tengok jer kita naseb la tak silap step.. kekeke :D

So, conclusion nya, Let's dance like this ! huhuhu bubye ^_^


Thank you for reading this entry :)

3 comments:

Pendamba Mawar said...

cutefox pndai joget phang ,poco2 ngan chicken dance je..:P


wewit

Hun_eyes said...

hehhee... lupa... poco2 pon sy bole nari gak.. senang jek.. muahaha

Pendamba Mawar said...

muahahaha tiru..wekkkkkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com