30 October 2011

.: Resepi : Tempe Goreng Bilis :.


Assalamualaikum

Hye.. Hari ni HH nak berkongsi satu resepi neh.. HH buat sniri.. Namanya pon senang jek nak sebut tak payah buat complicated sangat.. Tempe je pon.. hehee... 




Bahan-bahan

  1. Tempe (1 Bungkus)
  2. Ikan bilis (Ikot korang nak letak banyak mana ok? )
  3. Kicap (4 sudu besar)
  4. Sos Cili (1 sudu besar)
  5. Cili giling (1 sudu besar)
  6. Bawang merah (3 ulas - dikisar)
  7. Serbuk perasa (Pasti sedappppp) hehe
  8. Halia ( Potong kecik sudah bagi naik bau)
  9. Sedikit minyak untuk menumis
  10. Setengah cawan air
Cara-cara :
  1. Potong tempe ikut kepingan kecikkecik. HH suka nipis jek nanti lagi sedap. hehe.
  2. Sementara tu, panaskan minyak, tumiskan bawang, cili giling, halia (Kacau dulu bagi naik bau). Masukkan air. 
  3. Masukkan kicap, sos cili dan ikan bilis. Biar mendidih.
  4. Selepas itu masukkan tempe yang telah dipotong dan tunggu lagi sehingga air kering. masukkan serbuk perasa "pasti sedap" tula.. Then kacau2 lagi.
  5. Masukkan lagi sekali minyak tapi dengan jumlah yang sedikit(nak bagi nampak berminyak&garing). Tunggu kering.
  6. Nampak kering, agakagak dah nak masak tu angkat la, hidang dan makan.. Tunggu ape lagi.. hehe

Tips : Tempe tidak boleh dimasak terlalu lama takut nanti hancurrrrr... Nak makan sajew bole, makan dengan nasik pon boleh.. hihihi... Selamat mencuba !! =) LOL <3<3



Thank you for reading this entry :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com