Assalamualaikum ❤️
22 Ramadan 1441H/15 Mei 2020 (Jumaat)
بِّسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ وَمَاۤ أَدۡرَىٰكَ مَا لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِیهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرࣲ سَلَـٰمٌ هِیَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ
[Surah Al-Qadr 1 - 5]
Yang Bermaksud :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
1 - Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2 - Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3 - Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4 - Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5 - Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Memperbanyakkan Memohon Ampun Kepada Allah Subhanahu Wataala :
"اللهم إنك عفو تحب العفو فاعفو عني"
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Mudah-mudahan Kita Semua Di Kurniakan Malam Lailatul Qadar & Oleh Itu Rebutlah Peluang & Ruang Ini Untuk Beramal Di Malam Lailatul Qadar Seolah-olah Beramal Pada Malam Tersebut Seperti Beramal & Beribadah Selama 1000 Bulan (Selama 83 Tahun Lebih).
Mudah-mudahan COVID-19 Terhapus Segala-galanya Di Dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441 Tahun Ini & Negara Malaysia Tercinta Ini Semakin Pulih & Stabil Daripada Wabak COVID-19.
Aamiin Ya Mujib ❤️