Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

28 December 2012

.: Petua Sentiasa Awet Muda :.

Assalamualaikum

Hai semua pembaca belog HH. Jom kita amalkan samasama petua awet muda nih. 

~~> Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

~~> Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

~~> Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

~~> Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

~~> Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

~~> Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

~~> Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

~~> Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

~~> Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

~~> Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

~~> Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

~~> Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

~~> Amalkan solat tahajud.

~~> Sentiasa tenang dan bersikap positif.

~~> Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

~~> Maafkan semua orang sebelum tidur.


Thanx for reading :)

05 February 2012

.: 5 PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU ! :.


Assalamualaikum

Sudah lama rasanya tidak berkongsi tips dengan anda semua kan.. Woohoo hari nie HH nak share sikit pasal kesihatan dan penjagaan badan yang sehat. Jom scroll down 




OUTDOOR VS TREADMILL - Berlari adalah salah satu latihan terbaik dan paling mudah untuk membakar lemak yang ada dalam tubuh korang tu la. hehe. Tapi mana yang lebih baik ? berlari diluar or treadmill ? Berlari di luar membakar 5% kalori lebih banyak(pada kecepatan tertentu) berbanding berlari di atas treadmill. Di luar kamu menahan angin dan harus menekan permukaan tanah untuk bergerak ke hadapan. Treadmill pula kamu tidak perlu menekan permukaan tanah. Namun dari sudut kekurangannya pula, berlari di luar ruangnya yang besar boleh memberi risiko kecederaan. 



LEMAK YANG MENGGANGGU KERJA OTAK - Bukan semua lemak terkumpul di perut. Salah satunya adalah asid lemak palmitat. Lemak ini boleh mengganggu kerja otak dalam mengatur leptin dan insulin sebagai signal kenyang. Kesannya kamu akan rasa ingin mengunyah lagi dan lagi. Oleh itu, make sure kamu kurangkan makan daging, mentega, keju dan susu full cream. Sumber : Hasil kajian UT Southwestern Medical Center diterbitkan dala journal Of Clinical Investigation.
HABISKAN MASA DI KOMPUTER RISIKO GEMUK - Orang yang menghabiskan banyak waktu di depan komputer berisiko 1.5 kali lebih tinggi mengalami kenaikan berat badan dan 2.5 mengalami obesiti berbanding mereka yang tidak menggunakan komputer. Sumber : Journal Of Medical Internet Research.



YOGA BOLEH BUATKAN KAMU JADI LANGSING - Mungkin yoga tidak membuat kamu bermandikan peluh seperti berlari tapi yoga mampu membuatkan kamu makan lebih sedikit. Hal ini kerana orang yang rajin beryoga cenderung makan dengan'tenang'. Usually mereka akan makan saat lapar dan berhenti bila kenyang. Sumber : Journal Of The American Dietitic Association.

                                                         

TEKANAN BUAT KAMU LEBIH GEMUK !!!! - Wanita yang menderita akibat tekanan biasanya memiliki 24.5% lebih banyak lemak berbanding mereka yang tidak tertekan. SUmber : Journal Psychosomatic Medicine. 

Thank you for reading this entry :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com