14 June 2011

.: Luruhnya Dedaun Rindu :.

Assalamualaikum.

Mata masih belum mahu melabuhkan tirainya.Dah ta ngantok lagi nak buat cmna kan? huhu. HH teringin nak sharingsharing satu kesah nie dekat korang sume. Siang tadi HH baca REMAJA magz & terbaca ruangan cerpen pilhan iaitu

-Luruhnya Dedaun Rindu-

Bila HH baca&feel kesah nie, rasa mau mengalir aje kacakaca halus nie. Cerpen nie mengesahkan studentstudent Malaysia iaitu Intan, Ida Laila yang menuntut diluar negara iaitu di Universiti Tokyo, Jepun. Mereka berdua bersahabat baik. Pada mulanya Intan ialah seorang gadis yang baik. Kepalanya sentiasa dilitupi dengan tudung. Namun kini, rambutnya yang panjang kehitaman itu ditatap semua, lebih-lebih lagi yang bukan muhrim. Malah, Intan sangat berbeza daripada dahulu. Sebagai sahabat, Ida Laila sentiasa memberikan nasihat&teguran tetapi langsung tidak diendahkan apetah lagi mendengarnya. Pada suatu hari Intan pulang sambil menangis & menceritakan segala yang telah berlaku kepadanya. Intan mengandung dek lelaki Mat Saleh iaitu Edward dan dia mahu menggugurkan kandungan tersebut. Masya'Allah, Ida Laila sangat terkejut dengan hal tersebut & meminta Intan supaya bawa mengucap. Kemudian Intan dihantar pulang ke rumah ibubapanya di Malaysia. Selain itu, terdapat seorang jejaka dari Malaysia juga namanya Fahmi. Jejaka ini sangat meminati ida Laila tetapi tidak dilayannya malahan Ida Laila berkata

"Bila kamu sudah benar-benar mencintai Allah dan rasul-Nya, kemudian mencintai ibu dan ayah kamu, keluarga kamu, barulah selepas itu baki cinta kamu diserahkan kepada saya dan saya akan menerimanya dengan rela hati, Insya'Allah"

Betapa mulia&sucinya akhlak gadis ini menepis cinta lelaki walaupun berada di perantauan jauh dari mata ibu&bapa. Begitulah sahaja kesah ini. Apabila kita telah melakukan kesilapan & juga dosa, kita haruslah segera bertaubat. memohon ampun kepada Allah S.W.T atas dosa besar@kecil yang telah kamu lakukan nescaya Allah itu Maha penerima taubat daripada hambanya yang ikhlas. ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melawan nafsu diri, terimalah amal ibadatku, solatku dan doaku supaya solatku tidak hampa dan doa tidak diterbangkan oleh angin masa*mengalir airmata*

sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha melihat segala perbuatan kita di atas muka bumi ini. Oleh itu, samasamalah kita berdoa supaya sentiasa dilindungi&dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

TQ for reading this entry :)


2 comments:

Cruelism said...

cekgu bm punya ayat nih . :)

Hun_eyes said...

ni sinopsis dr cerpen tu.. biase jek.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By Honeyyangmenulis.blogspot.com