aku belajar
melupakan kisah silam
yang sarat dengan dendam
dari api yang tak mungkin padam..
aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuh dengan teka teki
kerana waktu belum lagi terhenti..
aku belajar
menghargai hari esok
yang banyak lagi
tersorok
memanggilku untuk menjenguk..
aku berlari
jauhnya tak bertepi
tak ku peduli kaca dan duri
yang melukai diri..
aku melangkah
dalam keadaan pasrah
tak ku hirau harapanku musnah
yang membuatku tabah..
aku belajar
mencinta dan dicintai
menerima dan memberi
tertawa dan menangisi
setiap detik dan setiap hari
dari semua yang ku pelajari
1 comment:
byk lagi yang kena blajar dalam hidup ni.hehe
Post a Comment